fbpx

Lima gerai medan selera Pantai Bagan Lalang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gerai makan di medan selera Pantai Bagan Lalang, Sepang yang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

SEPANG – Lima buah gerai di medan selera Pantai Bagan Lalang di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.47 pagi melibatkan lima buah gerai medan selera berkeluasan 18.58 meter persegi setiap satu dengan kemusnahan 80 peratus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran pada pukul 4.13 pagi.

“Sebanyak tiga jentera dan satu water tanker bersama 27 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang dan KLIA  dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan tiba 15 minit kemudian dan mendapati api sedang marak membakar beberapa gerai yang ada di situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Norazam berkata, kecekapan pihak bomba bagaimanapun dapat mengawal api daripada terus merebak ke gerai berhampiran pada pukul 4.55 pagi.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian. Tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya, buat masa ini, pihaknya juga menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kebakaran. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI