fbpx

Lelaki tolak kereta ke dalam lombong ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan operasi menyelam bagi mengesan kereta yang ditolak pemiliknya ke dalam sebuah bekas lombong di Taman Lintang Makmur, Sungai Siput awal pagi tadi.

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki ditahan polis selepas mengaku menolak keretanya ke dalam bekas lombong di Taman Lintang Makmur di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, lelaki berusia 42 tahun itu yang merupakan pemilik kereta jenis Proton Satria ditahan bagi siasatan lanjut.

“Ujian air kencing juga mendapati lelaki tersebut positif dadah,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan sedang dijalankan.

Difahamkan, seorang saksi yang sedang memancing di tasik tersebut mengaku melihat lelaki tersebut menolak kereta ke dalam bekas lombong itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, Mohd. Azizi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada pukul 7.20 pagi mengenai kejadian itu sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Menurut polis, lelaki tersebut mendakwa dia bersendirian ketika menolak kereta itu dan kita perlu memastikan dakwaan tersebut benar.

“Anggota segera memulakan operasi termasuk melakukan selaman sedalam 30 meter bagi mencari kereta berkenaan bagi mengesahkan tiada mangsa berada di dalam kereta tersebut,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI