fbpx

Isu kalimah Allah: Zulkifli akan jumpa mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri akan mengadakan pertemuan dengan mufti-mufti di seluruh negara dan pakar undang-undang esok berhubung isu kalimah Allah.

Menurutnya, pertemuan beliau bersama mufti itu adalah bagi memutuskan resolusi muktamad berkenaan isu berkenaan.

“Cadangan pertemuan bersama mufti itu dibuat selepas perbincangan bersama Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Penasihat Undang-Undang Jakim pada Jumaat lalu,” katanya menerusi perkongsian di portal Al-Bayan hari ini.

Zulkifli berkata, pertemuan itu antara lain bagi mendapatkan kesepakatan mufti dan pakar undang-undang kerana tindakan segera yang teratur dan berprinsip perlu memandangkan isu itu melibatkan aspek teknikal.

“Berhubung isu akidah, apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak 2008 sudah jelas,” katanya.

Katanya, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga sudah diminta memberi penerangan terperinci kepada orang ramai melalui pelbagai saluran berkenaan isu kalimah Allah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain iaitu solat, Kaabah dan Baitullah dalam penerbitan agama itu untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Keputusan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi khususnya umat Islam di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI