fbpx

Gila dinobat Juara AJL35

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU Gila nyanyian Kaka, Loca B dan Noki dinobatkan selaku Juara AJL35.

PETALING JAYA – Menepati ramalan, lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Semalam ciptaan sepenuhnya dan nyanyian Aina Abdul sekali gus membawa pulang wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula menjadi milik lagu Belenggu Rindu nyanyian duet Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah ciptaan komposer Hael Husaini dan Ezra Kong, sekali gus menyaksikan perkongsian hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Penyanyi Ernie Zakri menerusi lagu Gundah dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Lagu Eh nyanyian dan ciptaan Zizi Kirana pula diumumkan sebagai Persembahan Terbaik. Zizi membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, trofi serta baucar McDonald’s selama setahun.

AJL35 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan gandingan trio Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan juga Haziq Hussni sebagai pengacara.

Malam kemuncak AJL35 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh Ella, Naim Daniel, dan Yonnyboii menerusi lagu Gemilang dan diikuti dengan persembahan persembahan lagu Baik Semula oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique.

Manakala segmen interlude digemparkan dengan persembahan bertemakan ‘project band’ menampilkan Hujan, Hazama The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret mempertaruhkan persembahan medley & ‘mash up’ lagu-lagu terbaik mereka bersama Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.

Edisi ke-35 AJL diadili 10 juri profesional iaitu Datuk Mokhzani (Ketua Juri), Azmeer, Ajai, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis dan Lukhman S.

AJL35 sepatutnya dijadualkan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 7 Februari lalu namun ditunda malam ini di MBSA disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI