fbpx

Ebit Lew terharu terima jemputan Pengarah JSJK Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew bercerita sesuatu kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob dalam pertemuan mereka hari ini.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew meluahkan perasaan terharunya apabila menerima jemputan untuk meluangkan masa bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob di pejabatnya hari ini.

Ebit Lew menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya meluahkan perasaan terharu dengan sifat dan akhlak Zainuddin yang merendah diri serta tegas dalam kerjanya.

“Dalam pertemuan itu Datuk (Zainuddin) ada memberi kata-kata semangat dan doa buat saya, beliau juga sebelum ini selalu berkongsi video ceramah-ceramah saya di Facebook dan lagi terharu ada cenderamata daripada beliau buat saya.

“Beliau turut berpesan untuk berterusan lakukan kebaikan, ramai orang perlu dibantu dan ini semua amanah Allah S.W.T. buat kita semua, semakin hari kita semakin dekat dengan Nya dan tidak semua orang diberi keupayaan,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Tambah Ebit Lew, beliau hanyalah sebahagian kecil debu daripada berjuta kebaikan pihak Polis Diraja Malaysia serta semua anggota pasukan barisan hadapan yang berkorban siang dan malam.

“Doakan semuanya menjadi asbab kebaikan,” ujar beliau.

Sementara itu, perkongsian tersebut turut mendapat lebih 15,000 tanda suka dan kira-kira 180 perkongsian daripada netizen yang rata-ratanya memuji kedua-dua individu terbabit yang disifatkan sebagai contoh baik kepada masyarakat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI