fbpx

Daya maju MR. D.I.Y. ketika pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andy Chin

PERUNCIT perkakasan rumah, MR. D.I.Y. memilih untuk disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada Oktober lalu, ketika ekonomi domestik bergelut dengan pandemik Covid-19.

Langkah berani itu mendatangkan kejayaan besar buat syarikat, dengan tawaran awam permulaannya berjaya menjana RM1.5 bilion daripada pelabur runcit dan institusi, sekali gus mencerminkan keyakinan serta sentimen positif terhadap perniagaannya.

Dalam suasana norma baharu dan letusan segmen e-dagang, MR. D.I.Y. dilihat terus agresif meluaskan kehadirannya dengan cara yang agak tradisional iaitu pembukaan premis fizikal baharu
yang bakal mencecah 900 buah di seluruh negara menjelang hujung tahun 2021.

Wartawan Kosmo! baru-baru ini berkesempatan menemu bual Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y. Group, Andy Chin berhubung strategi perkembangan syarikat, jualan online dan kemunculan pesaing baharu.

KOSMO!: Selepas penyenaraian di Bursa Malaysia, apa projek mega MR. D.I.Y. tahun ini?

ANDY: Kami memiliki gudang robotik e-dagang seluas 6,309 meter persegi yang terletak di Seri Kembangan telah membolehkan kami memenuhi pesanan dalam talian dengan lebih cekap dan pantas. Melalui kelengkapan tersebut, kami dapat meningkatkan produktiviti gudang sebanyak dua kali ganda, seterusnya memberi kesan positif kepada kos operasi selain mengurangkan
gangguan pesanan.

Syarikat juga akan terus menyokong negara menuju pemulihan menerusi program Stay Safe, Malaysia. Kami menjangkakan permintaan untuk kelengkapan perlindungan diri akan meningkat
seiring dengan pembukaan sektor ekonomi, perniagaan dan sekolah.

MR. D.I.Y. memecahkan tradisi apabila majlis penyenaraiannya dalam Bursa Malaysia secara maya pada Oktober lalu disempurnakan oleh 14 kakitangan setia, bukan pengurusan tertinggi syarikat.

Sepanjang pandemik, premis MR. D.I.Y. di kawasan mana yang paling terjejas?

Secara keseluruhan, rangkaian premis kami kekal stabil ketika pandemik. Kedai terpaksa ditutup sementara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu sebelum dibuka
semula dengan pelaksanaan prosedur operasi standard ketat.

Meskipun berdepan cabaran, kami telah meneruskan pelan pembukaan premis baharu dan mencapai pertumbuhan bersih sebanyak 141 premis tahun lalu, merentasi tiga jenama kami
iaitu MR. D.I.Y., MR TOY dan MR DOLLAR. Ini 24 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2019.

Sejauh mana sumbangan jualan online kepada keseluruhan pendapatan syarikat?

Meskipun perniagaan e-dagang kami melalui www.mrdiy.com.my berkembang pesat terutamanya dalam tempoh PKP, hakikatnya perniagaan kami masih bergantung kepada pengunjung
di premis. Kami menjangkakan trafik pengunjung ke kedai akan terus bertumbuh dengan stabil.

Tahun lalu, jualan dalam talian kami menyumbang kurang satu peratus daripada keseluruhan pendapatan jualan. Meskipun kecil, segmen jualan online kami sedang pesat berkembang.

Memandangkan gudang robotik e-dagang kami telah beroperasi sepenuhnya, syarikat menjangkakan sumbangan positif daripada perniagaan e-dagang dalam tempoh beberapa
bulan akan datang.

MR DIY menawarkan rangkaian produk yang meluas yang turut mengambil kira perkembangan musim dan perayaan.

Apa pelan perkembangan syarikat tahun ini?

Untuk 2021, kami merancang membuka sebanyak 175 kedai baharu di seluruh negara merangkumi jenama MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR, melibatkan pelaburan sekitar RM100 juta.

Ia akan meningkatkan jumlah kedai kami kepada 900 buah menjelang hujung tahun.

Bagaimana syarikat berdepan dengan pesaing kedai berharga tetap lain yang turut menawarkan harga rendah?

Daya saing kami hadir daripada beberapa faktor dan yang pertama sekali ialah janji ‘Always Low Prices’ buat pelanggan. Kami mampu memenuhi janji ini selain memiliki rangkaian produk yang
luas melibatkan 16,600 produk, membolehkan kami mencapai setiap keperluan pelanggan.

Selain itu, kami memiliki tiga jenama berlainan, iaitu MR. D.I.Y., MR TOY, dan MR DOLLAR yang kesemuanya masih berkembang dan memenuhi keperluan dan permintaan khusus di pasaran.

Sebagai jenama tempatan yang telah wujud lebih 15 tahun, kami telah membina pengikut kukuh dan pelanggan setia.

Kami juga percaya dengan sokongan rakyat, syarikat dapat membantu menurunkan kos sara hidup, sekali gus memberi masyarakat peluang untuk menyimpan dan hal ini merupakan
perkara yang sangat dihargai pelanggan kami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI