fbpx

Beyonce, Taylor pecah rekod Grammy, Army mengamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEYONCE

LOS ANGELES – Sedikit lesu daripada kebiasaan, acara muzik terulung dunia Grammy Awards ke-63 menyaksikan beberapa perkara menakjubkan walaupun ‘ditekan’ penularan pandemik Covid-19.

Antaranya, Beyonce melakar sejarah apabila menambah tiga kilauan Grammy, sekali gus mencatatkan rekod sebagai wanita paling banyak menang Grammy di dunia.

Pendatang baharu, Megan Thee Stallion pula mencuri tumpuan apabila pulang dengan tiga trofi menerusi single hitnya, Savage (featuring Beyonce). Megan menang Artis Baharu Terbaik, Persembahan Rap Terbaik dan Lagu Rap Terbaik.

Dalam pada itu, Taylor Swift yang menerima antara pencalonan terbanyak edisi kali ini iaitu enam pencalonan tidak pulang dengan tangan kosong apabila menang kategori utama, Album Terbaik menerusi diskografi yang diluncurkan secara mengejut tahun lalu, Folklore.

TAYLOR SWIFT

Kemenangan tersebut sekali gus menjadikan pelantun lagu Cardigan itu sebagai satu-satunya pemuzik wanita dunia yang pernah menang kategori Album Terbaik sebanyak tiga kali sepanjang penganjuran.

Beyonce memadam rekod yang sebelum ini dipegang Alison Krauss dan sehingga kini sudah mempunyai 28 buah trofi Grammy.

“Saya berkerja keras sejak usia sembilan tahun. Saya tak percaya perkara ini berlaku,” katanya ketika memberi ucapan kemenangan dalam salah satu kategori yang dimenangi.

Taylor dalam ucapannya ketika menerima trofi Album Terbaik berkata: “Anda semua sudah jumpa kami dalam dunia rekaan yang telah kami cipta.”

Megan pula dalam ucapannya memaklumkan, dia memang sudah lama memasang impian untuk menjadi ‘Beyonce’ namun dalam cabang muzik rap.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada Beyonce. Kalau anda kenal saya cukup baik, kamu tahu sejak kecil saya nak jadi ‘Beyonce’ tapi versi rap. Itu matlamat saya,” kata Megan.

MEGAN THEE STALLION dan Cardi B menjayakan persembahan bersama pada acara Grammy Award ke-63 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Turut mencuri tumpuan apabila kumpulan K-pop BTS gagal menang trofi Persembahan Duo Pop/Berkumpulan Terbaik apabila tewas di tangan Lady Gaga dan Ariana Grande.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan penganjur bersifat rasis kerana tidak membenarkan kumpulan yang berjaya menduduki tangga pertama carta lagu Amerika Syarikat menerusi lagu Dynamite itu merangkul anugerah dalam kategori yang berpotensi menang.

Senarai pemenang utama Grammy Awards ke-63:

Rakaman Album Terbaik – Everything I Wanted — Billie Eilish
Album Terbaik – Folklore — Taylor Swift
Lagu Terbaik – I Can’t Breathe — H.E.R
Artis Baharu Terbaik – Megan Thee Stallion
Persembahan Pop Solo Terbaik – Watermelon Sugar — Harry Styles
Persembahan Duo Pop/Berkumpulan Terbaik – Rain On Me — Lady Gaga & Ariana Grande
Album Pop Vokal Terbaik – Future Nostalgia — Dua Lipa
Lagu Rock Terbaik – The New Abnormal — The Strokes
Persembahan R&B Terbaik – Black Parade — Beyonce
Lagu R&B Terbaik – Better Than I Imagined — Robert Glasper featuring H.E.R. & Meshell Ndegeocello
Lagu Rap Terbaik – Savage — Megan Thee Stallion featuring Beyoncé
Album Rap Terbaik – King’s Disease — Nas
Persembahan Rap Terbaik – Savage — Megan Thee Stallion featuring Beyoncé
Lagu Country Terbaik – Crowded Table — The Highwomen
Album Country Terbaik – Wildcard — Miranda Lambert – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI