fbpx

Anak singa jadi prop gambar kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK singa itu dilihat berada dalam keadaan mengantuk dan terbaring di atas lantai. - TWITTER

ISLAMABAD, Pakistan – Tindakan pasangan pengantin menggunakan anak singa yang diberi ubat pelali sebagai perhiasan gambar perkahwinan di Lahore, Pakistan mendapat kecaman netizen, lapor portal berita Times Now Digital, kelmarin.

Perkongsian video dan gambar di media sosial menunjukkan pasangan terbabit bergaya di sebelah anak singa yang terbaring dalam keadaan mengantuk di atas lantai.

Seorang pengguna media sosial berkongsi video pendek di laman Twitter mengenai penggambaran perkahwinan berkenaan dan menyatakan ia diambil di sebuah studio.

“Ke hadapan @PunjabWildlife, adakah permit anda membenarkan seekor anak singa disewa untuk majlis seperti ini? Lihatlah anak singa malang ini disuntik pelali dan dijadikan alat peragaan.

“Tolong selamatkan anak singa ini daripada terus dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab ,” ciap pertubuhan itu.

Menurut laporan, produksi fotografi dari Studio Afzal yang mempunyai 120,000 pengikut di Instagram berkongsi gambar perkahwinan itu dengan tanda pagar #SherdiRani (Ratu Singa), sebelum ia dipadam.

Sementara itu, Pertubuhan Perlindungan dan Penyelamat Haiwan JFK yang berpangkalan di Lahore turut mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap studio terbabit.

“Pengurusan studio memberitahu kami bahawa anak singa itu dibawa oleh rakan mereka yang memeliharanya.

“Kebetulan pasangan itu hadir untuk sesi fotografi dan mahu merakam beberapa gambar perkahwinan dengan anak singa tersebut,” kata Pengasas JFK, Zulfishan Anushay. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI