fbpx

‘Ada minta umum nama arwah anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAUDZAHTUL UniMAP melakukan rakaman suara latar di aplikasi TikTok.

PUTRAJAYA – “Selain meme­nuhi hajat graduan, saya juga pernah menerima permintaan daripada seorang ibu yang mahu mendengar nama arwah anak­nya diumumkan dalam majlis konvokesyen.”

Demikian ujar seorang gra­duan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Raudzahtul Firdaus Purkhan, 26, yang menyediakan ‘servis’ pengacaraan majlis konvokesyen menerusi aplikasi TikTok.

Raudzahtul yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Media Baharu berkata, ia satu pengalaman menyedih­kan kerana ibu arwah sanggup menghantar pesanan mesej ke setiap platform media sosialnya supaya memenuhi hajat itu.

“Selain itu, saya juga menerima permintaan daripada seorang pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di hospital yang mahu saya memberi kata-kata sema­ngat kepadanya untuk melawan penyakit itu dengan berlatar­belakangkan muzik gamelan.

“Saya rasa seronok kerana dapat mengembirakan orang ramai. Saya juga ada menerima permintaan daripada mereka yang tidak melanjutkan pelajaran di universiti tapi mahu me­rasai sendiri pengalaman nama mereka disebut pada majlis konvokesyen,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

RAUDZAHTUL semasa menjadi pengacara dalam satu majlis di Alor Setar.

Raudzahtul berkata, idea itu tercetus kerana pada awalnya dia mahu mengubat kerinduan menghadiri majlis konvokesyennya sendiri yang tertangguh akibat Covid-19.

Menerusi audio dan video yang dimuat naik di TikTok itu, Raudzahtul akan membacakan nama graduan beserta ijazah atau diploma yang diambil berserta nama universiti dengan ­iringan muzik gamelan dan ia seolah-olah seperti berada di dewan konvokesyen.

“Saya juga salah seorang gra­duan yang belum dapat merasai majlis konvokesyen sendiri disebabkan Covid-19. Jadi tercetuslah idea untuk membantu graduan yang senasib dengan saya.

Alhamdulillah, ramai yang memberi sokongan.

“Sejak seminggu lalu, saya menerima lebih 6,000 permintaan daripada graduan di seluruh negara yang mahu merasai pengalaman seolah-olah berada di dewan konvokesyen,” katanya yang meminati bidang pengacaraan sejak berusia 11 tahun.

Tambahnya, dia juga menerima banyak permintaan daripada beberapa produk tempatan bagi membuat suara latar bagi iklan dan promosi produk mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI