fbpx

Acara berbasikal dirasmikan Zuraida ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular kononya Zuraida merasmikan acara fun ride berbasikal ketika PKPB.

PETALING JAYA- Dakwaan netizen kononnya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin menganjurkan acara berbasikal secara ‘Fun Ride’ adalah tidak tepat.

Jabatan Landskap Negara dalam satu kenyataan berkata, prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bertarikh 5 Mac 2021 menjelaskan aktiviti berjoging dan berbasikal adalah dibenarkan.

“Aktiviti berbasikal yang berlangsung semalam (kelmarin) bukanlah aktiviti fun ride kerana ia tidak dibuka kepada orang awam dan bukanlah berbentuk kejohanan atau pertandingan dengan kehadiran penonton.

“Pengunjung berbasikal itu seramai 30 orang terdiri daripada kakitangan Jabatan Landskap Negara dan SWCORP,” katanya.

Ujarnya, pengunjung turut menjalankan aktiviti bersesuaian dengan peranan agensi dalam pembersihan awam.

“Selain itu, pengunjung berbasikal telah dipastikan kesihatannya melalui imbasan suhu sebelum memasuki taman tersebut.

“Pelepasan basikal ini adalah bertujuan mempromosikan amalan berbasikal norma baharu dengan sentiasa memastikan penjarakan sosial, memastikan kebersihan diri dan tidak berkongsi peralatan,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di laman media sosial dengan memaparkan imej Zuraida merasmikan acara berbasikal di sebuah taman ketika tempoh PKPB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI