fbpx

1,208 kes baharu, 1,973 kes sembuh, tiga kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,208 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 324,971 kes.

Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, daripada jumlah tersebut, sembilan kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,199 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 15,511 kes.

“Selain itu, terdapat 1,973 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 308,247 kes.

“Terdapat tiga kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,213 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya ciapan tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 155 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 70 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI