fbpx

Warga emas rentung dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba giat melaksanakan operasi pemadaman kebakaran dalam kejadian di Kampung Tombongon, Kiulu malam tadi. -Foto IHSAN JBPM

TUARAN – Seorang lelaki warga emas rentung dipercayai terperangkap dalam kebakaran di Kampung Tombongon, Kiulu malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa dikenali sebagai Chung Pau Sang @ Joseph Chung, 80, yang juga orang kelainan upaya (OKU) dikatakan tinggal seorang diri di rumah terbabit.

Rumah mangsa dikatakan terletak berjauhan dari rumah penduduk lain di kampung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 11.29 malam.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, keadaan rumah mangsa sudah terbakar sepenuhnya.

“Sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian bersama sepasukan 10 anggota dan pegawai.

“Operasi pemadaman kebakaran segera dijalankan sebelum api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.40 tengah malam,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Abdul Qawie menyatakan mangsa ditemui rentung di dalam rumah berkenaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, setakat ini punca sebenar kejadian kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI