fbpx

Verstappen catat masa terpantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN mencatat masa terpantas pada sesi ujian pertama yang berlangsung kelmarin. – AFP

MANAMA – Ribut pasir yang melanda ketika sesi ujian pertama perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sakhir, Bahrain kelmarin sedikit mengganggu saingan tersebut, namun pelumba Red Bull, Max Verstappen berjaya mencatat masa terpantas.

Verstappen tidak berdepan masalah dengan jentera RB16B miliknya apabila mencatatkan satu minit 30.674 saat (s) selepas melakukan 138 pusingan.

Bagaimanapun, Mercedes ti­dak bermula dengan baik apabila pelumba mereka, Valtteri Bottas hanya sempat melakukan enam pusingan sebelum berdepan ma­sa­lah kotak gear dan Lewis Ha­milton berada di kedudukan 10 terpantas (1’32.727s).

“Hari yang positif bagi pasukan dan kami berjaya melakukan banyak pusingan. Keadaan litar cukup sukar dan berangin, namun kami berjaya lakukan de­ngan cukup baik.

“Pada sesi pertama ini kami hanya mahu melihat bagaimana prestasi jentera dan saya akui jentera sangat mudah untuk dikawal. Saya sangat teruja dan gembira kerana ia merupakan permulaan terbaik bagi kami.

“Apabila anda dapat menyelesaikan dengan baik, semua orang gembira dengan kerja keras yang mereka lakukan sebelum berada di litar ini,” kata Verstappen.

Sementara itu, Hamilton yakin pasukannya mampu mengenal pasti masalah yang dihadapi Bottas sebelum saingan sebenar bermula nanti.

“Sesi pertama ini bukan ha­ri terbaik buat pasukan Merce­des kerana Bottas mengalami masalah pada kotak gear dan pasukan sedang mengenal pasti punca kerosakan itu berlaku.

“Keadaan cuaca di sini juga agak mencabar dan saya tidak pernah melihat ribut pasir ketika bersaing sepanjang saya berlumba di sini. Situasi seperti ini tidak baik terutama kepada permukaan tayar dan tidak mampu bertahan lebih lama,” kata Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI