fbpx

Tiga beradik gembira terima sijil kelahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Shaliza (kiri) bersama adiknya, Nur Eliani (tengah) dan Muhammad Shazrul Danish menunjukkan sijil kelahiran yang diterima hari ini.

ALOR SETAR –  Harapan sepasang suami isteri dari Kampung Alor Serdang, Kota Sarang Semut  dekat sini untuk melihat tiga anak mereka memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai selepas menerima dokumen itu daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.

Menurut Rohariza Che Lah, 42, dia dan suami  Hisham Zainol, 40, gagal mendaftar untuk mendapatkan sijil kelahiran buat anak mereka yang berusia tujuh, 10 dan 13 tahun kerana kemiskinan hidup.

Katanya, dia tidak mempunyai kenderaan untuk menguruskan sijil kelahiran, ditambah masalah kesihatan dialami suaminya sejak beberapa tahun lalu.

“Bila mereka tidak ada sijil kelahiran ini, saya risau dan tidak senang duduk memikirkan nasib anak-anak yang sedang membesar ini.

“Anak-anak juga takut keluar kerana bimbang ditahan polis sebab tiada dokumen pengenalan diri,”  katanya selepas menerima sijil kelahiran tiga anaknya daripada JPN Kedah di rumahnya di sini, hari ini.

Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana ketiga-tiga anaknya telah menerima sijil kelahiran masing-masing.

“Selepas ini semua urusan membabitkan mereka akan jadi lebih mudah termasuk persekolahan,” ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah JPN Kedah, Madihah Muhammad menyerahkan sijil kelahiran kepada Nur Syaliza,13; Mohammad Shazrul Danish, 10, dan Nur Eliani, 7, di rumah mereka di Kampung Alor Serdang.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI