fbpx

Selangor teliti isu penarikan telur oleh Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN (tengah) beramah mesra dengan pengunjung Pasar Moden Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor, hari ini.

SHAH ALAM -Kerajaan negeri akan meneliti isu berkaitan tindakan Singapura mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik telur dari pasaran dihasilkan di sebuah syarikat di Jeram, Kuala Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, isu berkenaan melibatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Kita akan semak perkara itu terutama berkaitan polisinya nanti,” katanya ringkas ketika ditemui selepas merasmikan Pasar Moden Sri Muda, Seksyen 25 di sini, hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menasihati pengguna supaya tidak melakukan pembelian panik telur sehingga mengganggu bekalan di negara ini.

Penilaian kesan terhadap bekalan telur di pasaran domestik dilakukan KPDNHEP dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Keadaan itu susulan tindakan Singapura mengarahkan penarikan balik telur dari pasaran dihasilkan di Lay Hong Berhad Layer Farm, Jeram, Selangor, sebagai langkah berjaga-jaga.

Semalam, Agensi Makanan Singapura (SFA) menerusi laman webnya menyatakan arahan itu dibuat berikutan penemuan Salmonella Enteritidis (SE) pada produk itu yang boleh menyebabkan penyakit sekiranya dimakan secara mentah atau separuh masak.

Simptom jangkitan antaranya cirit-birit, sakit perut, demam, mabuk dan muntah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI