fbpx

Prayut mohon maaf sembur cecair sanitasi ke arah wartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prayut dirakam menyembur cecair sanitasi tangan ke arah wartawan ketika mengelak menjawab soalan berkaitan rombakan Kabinet di Bangkok, Thailand pada Selasa lalu. - AFP

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha memohon maaf kerana menyembur cecair sanitasi tangan ke arah wartawan ketika sidang akhbar mingguan Selasa lalu, lapor akhbar Bangkok Post, semalam.

Katanya, beliau tidak berniat  mendatangkan kecederaan atau tidak menghormati mereka kerana wartawan juga sering bergurau antara satu sama lain.

“Siapa yang menyebarkan gambar itu? Saya hanya bergurau dengan anda. Justeru itu,mulai sekarang, kita tidak akan bergurau antara satu sama lain. Itu sahaja,” katanya.

Pada Selasa lalu, selepas menjawab beberapa soalan, Prayut ditanya sama ada wujud kemungkinan Kabinet akan dirombak.

Beliau kemudian berkata kepada wartawan agar menjaga tepi kain sendiri, sebelum mengambil sebotol cecair sanitasi dan menyemburnya ke arah pemberita di barisan hadapan.

Prayut dikritik media tempatan dan asing, dengan ramai dalam kalangan mereka berkata beliau tidak menghormati malah menghina wartawan.

Bagaimanapun, ada juga wartawan di Rumah Kerajaan yang mengakui mereka sedar beliau melakukannya sebagai gurauan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI