fbpx

Polis tangkap suspek kes bunuh di Jalan Telawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan antara dua kumpulan di sebuah lorong di Jalan Telawi, Bangsar.

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes bunuh di Jalan Telawi, Bangsar awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek berusia 26 tahun itu berjaya ditahan dalam serbuan di Jalan 11, Selayang Baru, Batu Caves, pada petang Sabtu.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon pintar

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod berkaitan kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, hasil pendedahan suspek, polis diberikan maklumat lokasi suspek lain yang masih bebas.

“Namun, serbuan di rumah-rumah berikut mendapati suspek yang masih bebas dipercayai telah melarikan diri.

“Tindakan lanjut untuk mengesan suspek-suspek masih bebas sedang giat diusahakan dan individu yang ditahan itu kini di dalam tahanan reman selama tujuh hari sehingga 20 Mac depan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki warga tempatan maut dalam satu kejadian pergaduhan selepas badannya ditoreh dan ditikam dengan botol arak di sebuah lorong di Jalan Telawi 2 berhampiran dengan pusat beli-belah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN