fbpx

Pasangan suami isteri ditahan ubah wang haram RM3.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang pengurus hartanah syarikat minyak dan gas bersama isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana dipercayai menerima rasuah dan melakukan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah kira-kira RM3.4 juta.

Pasangan tersebut ditahan kira-kira pukul 2 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber berkata, pengurus hartanah itu dikatakan telah menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan selepas mereka dianugerahkan dengan projek pembinaan pam minyak sejak 2017 hingga 2019.

Menurut sumber, wang-wang rasuah tersebut kemudian dipercayai telah diubah oleh suspek seperti dilaburkan dan digunakan untuk membeli kereta mewah.

Katanya, terdapat sejumlah wang kira-kira RM684,000 telah dipindahkan daripada akaun simpanan pasangan tersebut kepada akaun deposit tetap.

“Selain itu, suspek juga menyimpan wang tunai berjumlah kira-kira RM1.9 juta serta mata wang asing yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM300,000,” katanya.

Difahamkan, pasangan tersebut akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam esok bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFAPUAA). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI