fbpx

Paras empangan seluruh negara masih normal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (kiri) mencabut undi Kerja-Kerja di bawah Peruntukan KASA bagi JAS Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. - Foto PUTQRA HAIRRY ROSLI

KUALA TERENGGANU – Negara dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air kritikal walaupun sedang berhadapan dengan musim kemarau pada waktu ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan pemantauan, bekalan air mentah untuk kegunaan rakyat di seluruh negara ini masih mencukupi.

Beliau berkata, paras air di semua 104 empangan di seluruh negara juga normal dan masih belum berada pada tahap membimbangkan.

“Kerajaan sentiasa memantau situasi terkini sumber air negara dengan paras di semua empangan dilihat masih mampu menampung keperluan harian rakyat.

“Jabatan Meteorologi Malaysia juga melaporkan kepanasan kita pada tahun ini adalah lebih rendah berbanding tahun lalu. Kadar kelembapan (tahun ini) juga agak tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memantau majlis Undi Perdana Kerja-kerja Di bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, sebanyak 63 daripada 104 empangan yang menakung air di seluruh negara berada di bawah pengurusan Kasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI