fbpx

Negeri Sembilan reda diikat TFC II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain NSFC, Osman Mohd Yusoff (baju merah) mengasak pemain TFCII, Muhammad Syafik Ismail dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) gagal meneruskan rentak kemenangan apabila sekadar seri 2-2 dengan Terengganu FC (TFC) II pada aksi Liga Premier sebentar tadi.

Begitupun satu mata sudah memadai buat skuad bimbingan K. Devan terus gah dipersada liga dengan kutipan tujuh mata.

Aksi ketiga Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban di sini berlangsung dengan tempo menghiburkan dengan kedua-dua pasukan saling membuat serangan.

TFC II yang dikendali Badrul Afzan Razali membuka jaringan menerusi Mohammad Ramzi Sufian pada minit ke-9.

Ia tidak melunturkan semangat skuad Rusa yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Rafael Gomez De Oliveira selang 21 minit kemudian.

TFCII terus mengasak kubu Negeri Sembilan sebaik sepak mula separuh masa kedua sebelum kembali mendahului 2-1 apabila Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob meledak gol pada minit ke-49.

Tuan rumah bernasib baik berjaya sekali lagi menyamakan kedudukan 2-2 menerusi rembatan deras R.Barathkumar dari luar kotak penalti pada minit ke-57.

Keputusan seri itu membuatkan skuad Penyu tergelincir ke tangga kelima Liga Premier. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI