fbpx

Neelofa ramal Semalam juara AJL35

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa meramalkan lagu Sumpah nyanyian Aina Abdul bakal dinobatkan sebagai juara AJL35 malam nanti.

PETALING JAYA- Seperti tahun-tahun sebelumnya, selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi membuat ramalan dengan meletakkan tiga buah lagu yang dijangka memenangi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) malam ini.

Jangkaan tersebut dilakukan Neelofa menerusi Twitternya yang meramalkan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul bakal memenangi trofi AJL35.

“Saya tak berapa ikut sangat dengan lagu-lagu yang bertanding tahun ini, Tapi ini merupakan ramalan saya untuk AJL35.

“Juara, Semalam, tempat kedua, Peluang Kedua (Nabila Razali) dan tempat ketiga, Belenggu Rindu (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah),” tulisnya.

Dalam hantaran sama, usahawan itu juga turut meramalkan Aina Abdul dan vokalis kumpulan Azlan & The Typewritter, Azlan berpotensi memenangi trofi bagi kategori Vokal Terbaik.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, walau bagaimanapun mengingatkan pengikut bahawa lagu-lagu yang diramalnya hanya sekadar ramalan semata-mata.

“Ini hanya ramalan saya sahaja, mungkin ada yang kena dan tidak. Apapun, selamat berhibur dengan AJL35, anugerah yang sentiasa mengiktiraf karya dan hasil kerja komposer serta penulis lirik,” katanya.

 

Ramalan AJL35 Neelofa yang diciap dalam Twitternya.

Tahun lalu, lagu Sumpah dendangan Naim Daniel menepati ramalan Neelofa apabila dinobat sebagai juara AJL ke-34.

Sebanyak 12 buah lagu bakal bersaing pada malam ini iaitu Semalam (Aina Abdul), Gila (Kaka Azraaf, Noki, Locca B), Hutan g (Floor88), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Belenggu Rindu (Wany Hasrita duet Datuk Jamal Abdillah).

Turut bertanding lagu Gundah (Ernie Zakri), Eh (Zizi Kirana), Peluang Kedua (Nabila Razali), Jangan Khianati Aku ( Azlan & The Typewritter), Hati (Hael Husaini) dan 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta).

AJL35 bakal disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula pukul 9 malam ini dalam norma baharu tanpa penonton ekoran pandemik Covid-19.

Acara penuh berprestij tersebut bakal dihoskan pengacara Awal Ashaari, Sheery Alhaddad dan Haziq Husaini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI