fbpx

Mohamad Fuzi tamatkan zaman duda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fuzi dan isteri, Noraesyah pada majlis meraikan pernikahan mereka di Kampung Tua, Lambor Kanan di Parit, hari ini.

PARIT – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menamatkan zaman duda apabila menikahi Puan Sri Noraesyah Shaari di Seri Manjung, semalam.

Majlis pernikahan Mohamad Fuzi yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai orang nombor satu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlangsung di sebuah masjid di Seri Manjung pada pukul 11 pagi.

Majlis meraikan pasangan itu diadakan hari ini di rumah keluarga Mohamad Fuzi di Kampung Tua, Lambor Kanan secara sederhana mengikut norma baharu.

Hadir meraikan pasangan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Barudin Wariso.

Mohamad Fuzi, 62, ketika ditemui pemberita melahirkan rasa gembira kerana majlis beliau bersama isteri berjalan dengan lancar.

“Kerana jodoh, saya dan isteri ditakdirkan bertemu sebelum bersetuju untuk sama-sama mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan.

“Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP). Terima kasih kepada semua yang membantu dan hadir serta mendoakan kami,” katanya.

Sementara itu, Noraesyah yang merupakan Pengarah Kanan (Keusahawanan & Perniagaan) Institut Koperasi Malaysia turut melahirkan rasa syukur kerana dipertemukan jodoh dengan Mohamad Fuzi.

“Saya gembira dan bersyukur kerana majlis kami berjalan lancar,” katanya yang berasal dari Pantai Remis.

Dalam pada itu, adik bongsu Mohamad Fuzi, Noor Hafizah Harun, 52, berkata, mereka sekeluarga gembira abangnya itu bertemu teman hidup selepas hampir empat tahun kematian isteri.

“Kami gembira kerana sudah ada orang yang akan temankan abang dan jaga dia,” katanya.

Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 September 2017 bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib dan beliau menamatkan perkhidmatannya dalam PDRM pada 3 Mei 2019.

Isterinya, Puan Seri Azizah Hamdi, meninggal dunia pada 15 Disember 2017 akibat barah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI