fbpx

KPDNHEP jalankan penilaian kesan bekalan telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang membuat penilaian kesan ke atas bekalan telur di pasaran domestik dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

KPDNHEP berkata, pihaknya mengambil maklum arahan Singapura untuk empat pengimport menarik balik bekalan telur yang dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Malaysia berikutan dakwaan penemuan Somanella Enteritidis (SE) semalam.

Katanya, penarikan semula bekalan telur daripada empat pengimport telur itu bertujuan berjaga-jaga atas kepentingan kawalan keselamatan dan kualiti makanan.

“Setiap kementerian sedang bertindak mengikut bidang kuasa di bawah kementerian masing-masing dan fokus tindakan di bawah KPDNHEP adalah pemantauan rapi terhadap kedudukan bekalan telur di pasaran susulan daripada isu penemuan tersebut.

“Pemantauan bekalan dipertingkatkan di setiap rantaian pengedaran dan pembekalan telur untuk mengesan kawasan-kawasan yang dijangka terjejas keberadaan bekalan telur,” katanya menerusi satu kenyataan.

KPDNHEP berkata, pihaknya juga mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dalam kalangan penelur dan pengeluar ayam dalam negara untuk menampung sebarang risiko gangguan bekalan telur jika berlaku sedemikian.

Katanya lagi, pengguna dinasihatkan tidak panik dengan situasi ini dan memerlukan kerjasama pengguna untuk berhemah dalam membuat pembelian.

“KPDNHEP juga memberi peringatan kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan atas situasi ini dengan menjadikan alasan untuk menaikkan harga.

“Peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1), Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan didenda sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan sekiranya perbadanan atau syarikat RM100,000 (bukan perbadanan atau individu) atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali,“ katanya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI