fbpx

Hadiah RM14,000 bukan duit i-Sinar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan kejutan berupa wang tunai RM14,000 yang dibuat oleh seorang suami kepada isterinya.

PETALING JAYA- Seorang wanita tampil memberi penjelasan wang tunai berjumlah RM14,000 yang dihadiahkan suami kepadanya bukanlah daripada sumber pengeluaran duit i-Sinar.

Penjelasan itu yang dibuat wanita berkenaan dikenali sebagai Amy Mastura menerusi aplikasi Tiktok turut menjelaskan mereka tidak pernah bekerja makan gaji.

“Awat hampa ingat aku kerja makan gaji ke? Dah bertahun-tahun aku mula daripada bawah, buat perniagaan sendiri, suka hati kata aku dapar duit i-Sinar,” katanya.

Terdahulu, Amy Mastura berkongsi satu video di Tiktok dengan menunjukkan dia menerima kejutan hadiah bernilai RM14,000 daripada suami.

Tangkap layar penafian yang dibuat Amy Mastura berhubung kejutan hadiah diberikan suaminya.

Video yang meraih tontonan sebanyak 616,000 kali itu menunjukkan dia membuka laci dan menerima kejutan wang tunai di dalamnya.

Berdasarkan video itu, Amy Mastura diminta oleh suami untuk membuka laci kerana dihadiahkan barangan alat solek sebelum diberi kejutan berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI