fbpx

Cengkerik raksasa baharu dinamakan sebagai Jacinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cengkerik ini dikatakan antara yang cantik dan memiliki ciri-ciri sama seperti perdana menteri Jacinda Ardern. - Danilo Hegg/Zootaxa/Magnolia Press

WELLINGTON – Para penyelidik dari New Zealand menemui satu spesies cengkerik raksasa yang dinamakan sama dengan nama Perdana Menteri Jacinda Arden. 

Cengkerik bernama Hemiandrus Jacinda itu dikatakan mempunyai ciri-ciri sama seperti perdana menteri wanita itu dan dibuat sebagai tanda penghormatan kepada beliau, lapor The Guardian. 

Ia diberi nama Jacinda kerana memiliki badan berwarna merah sama seperti warna rasmi parti politik pimpinan Perdana Menteri berkenaan, Parti Buruh.

Profesor Evolusi Ekologi Universiti New Zealand, Steven Trewick berkata, spesies tersebut juga merupakan spesies yang dianggap cantik. 

Para penyelidik memberitahu spesies baharu itu bersaiz lebih besar dengan warna yang lebih terang berbanding 17 spesies lain yang pernah ditemui sebelum ini. 

Cengkerik raksasa Jacinda ditemui dalam hutan semula jadi di Northland, Bay of Plenty, Waikoto dan Coromandel yang terletak di North Island. 

Cengkerik Jacinda sudah pun diterbitkan dalam jurnal Zootaxa, semalam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI