fbpx

Berada di lokasi pergaduhan, pegawai polis di luar waktu bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada video pergaduhan tersebut yang tular di laman sosial.

PETALING JAYA – Pegawai polis yang dirakam ketika berada di tempat kejadian pergaduhan yang meragut nyawa seorang lelaki di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur awal pagi kelmarin tidak bertugas ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pegawai polis berusia 27 tahun itu merupakan anggota dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Katanya, hasil temubual awal beliau mengesahkan dirinya adalah orang yang dimaksudkan dalam video tersebut.

“Dia telah pergi ke Bangsar bersama rakannya untuk makan malam dari rumahnya di Subang Jaya.

“Semasa kejadian, dia bersama kawannya dalam perjalanan untuk mengambil kereta yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, video tersebut dirakam oleh rakannya berusia 27 tahun yang bekerja sebagai Editor Filem Komersil.

“Anggota terbabit tidak membawa sebarang senjata api bersamanya kerana tidak bekerja dan dalam kelepasan tugas.

“Bagaimanapun, semasa dia ingin melaporkan perkara tersebut, dia mendapati kenderaan polis telah sampai di tempat kejadian sebelum dia terus balik ke rumah,” ujarnya

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun mati selepas ditoreh dengan pisau dan ditikam dengan botol minuman keras ketika bergaduh dengan sekumpulan lelaki dipercayai bermotifkan dendam lama.

Video pergaduhan itu juga kemudian menjadi tular di laman sosial. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI