fbpx

Atikah Suhaime tolak watak wanita bertudung jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIKAH akui berdepan masalah kewangan dan kekurangan tawaran.

PETALING JAYA – Biarpun diduga dengan masalah kewangan dan kekurangan tawaran, pelakon Atikah Suhaime tetap de­ngan pendirian untuk menolak sebarang tawaran watak antagonis yang tidak logik atau wanita berhijab berkarakter jahat.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi InstaStory, pelakon berusia 29 tahun itu mendakwa watak jahat yang ditawarkan kepadanya ada kala tidak logik dan tidak mening­galkan impak kepada pe­nonton.

“Waktu sekarang sangat sukar terutama dari segi kewangan. Tetapi saya terpaksa menolak melakonkan watak jahat kerana tidak nampak sebab kukuh yang menjadi penyebab watak tersebut perlu menjadi jahat.

Tambah pelakon kelahiran Singapura itu, dia juga selalu menerima tawaran watak klise apabila diberikan peranan membawakan karakter antagonis.

“Asyik-asyik perampas suami orang. Watak pakai tudung dan lemah-lembut serta alasan (jadi jahat) juga lemah sebab hanya mahukan harta.

“Kenapa tidak buat watak pe­rempuan itu jatuh cinta kerana watak lelaki itu yang mulakan?

“Atau watak perempuan itu mempunyai masa lampau yang buruk dan merasakan semuanya telah diambil daripadanya, menjadikan dia memutuskan untuk merampas suami orang,” ujarnya.

Atikah turut menyelar trend penghasilan naskah dengan watak perempuan bertudung dan lemah-lembut tetapi perwatakan jahat sebagai perampas suami.

“Sejak akhir ini kerap ada watak perempuan jahat bertudung dalam lakonan. Nanti semua fikir, wanita lemah-lembut dan bertudung tidak boleh dipercayai.

“Sedangkan perempuan le­mah-lembut selalu kena buli ke­rana hati mereka sangat lembut untuk tinggikan suara atau takut melukakan hati orang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI