fbpx

Aplikasi c-Heart sedia konsultasi kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah (kanan) meninjau penggunaan Aplikasi C-Heart di PIK Kampung Cherating di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Aplikasi c-Heart diperkenalkan Pusat Internet Komuniti (PIK) Cherating, dekat sini, dapat memudahkan orang ramai mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan kesihatan secara dalam talian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, aplikasi itu juga diharap dapat membantu penduduk luar bandar mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan lebih berkualiti dan mesra pengguna.

“Usaha dilakukan PIK Cherating ini wajar diberikan pujian dan dijadikan contoh, jadi kita boleh jadikan projek c-Heart ini sebagai perintis sebelum diperluaskan secara berperingkat ke PIK lain di seluruh negara.

“Kita galak masyarakat yang perlukan khidmat konsultasi susulan daripada doktor atau pakar (perubatan) menggunakan aplikasi ini.

“Mereka boleh membuat temujanji bersama doktor di PIK tanpa perlu ke hospital dan secara tidak langsung menjimatkan masa, kos dan tenaga,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Aplikasi C-Heart dan memperkenalkan Perkhidmatan Bungkus dan Hantar di PIK Kampung Cherating di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, aplikasi itu dibangunkan syarikat teknologi tempatan, DATA8 Sdn. Bhd dan melibatkan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh di Selangor.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan jumlah hospital dan pusat kesihatan boleh ditambah apabila lebih ramai menggunakannya.

Mengulas lanjut mengenai keselamatan data apabila menggunakan teknologi secara maya ini, Saifuddin berkata, aplikasi itu menggunakan teknologi ‘blockchain’ di mana hanya membenarkan pesakit sahaja boleh membuka data mereka. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI