fbpx

109 individu dikompuan RM1.13 juta langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan gambar ketika operasi dijalankan dalam sidang akhar di IPK Johor, Johor Bahru di sini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Tindakan 109 individu yang melanggar syarat prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berhibur membawa padah apabila dikenakan kompuan keseluruhan berjumlah RM1.13 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka dikenakan tindakan itu dalam serbuan pada pukul 10.45 malam di sebuah premis hiburan di sekitar Muar dekat sini semalam.

Menurutnya, kesemua individu yang dikompaun itu terdiri daripada 81 lelaki dan 28 wanita tempatan berusia antara 17 hingga 52 tahun.

“Ini merupakan tindakan kompaun terbesar di negara ini sejak kerajaan melaksanakan Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021.

“Mengikut ordinan ini mana-mana individu yang melanggar SOP sewaktu trmpoh pelaksaan darurat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 yang berkuat kuasa pada 11 Mac lalu,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, semakan rekod juga mendapati premis berkenaan sudah dua kali diserbu pada 26 Februari serta 10 Mac lalu.

“Namun pemilik premis masih berdegil biarpun surat pembatalan lesen telah diedarkan Majlis Perbandaran Muar pada 10 Mac lalu.

“Polis juga menahan seorang pengurus premis berusia 52 tahun yang mengaku sebagai pengurus pusat hiburan tersebut dan dikenakan kompaun RM50,000,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI