fbpx

Saintis mahu simpan sampel sperma di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODEL bilik kebal yang menyimpan benih tanaman di Pulau Spitsbergen, rantau Artik. – AFP

LOS ANGELES, California – Saintis-saintis merancang pemulihan semula populasi penduduk Bumi dengan membina bank menyimpan sperma manusia serta spesies lain di Bulan, lapor portal berita New York Post kelmarin.

Inisiatif dikenali sebagai ‘polisi­ insurans global’ itu menyaksikan jurutera-jurutera merancang untuk menyimpan sel pembiakan tersebut meliputi 6.7 juta spesies di Bumi termasuk manusia.

Bank dinamakan ‘Bahtera’ itu akan dibina di bawah permukaan Bulan.

Langkah itu diambil berikutan planet Bumi terdedah kepada bahaya bencana alam, hentaman asteroid dan potensi perang nuklear yang akan mencetuskan kemusnahan sejagat.

Saintis-saintis itu berkata, manusia harus menetapkan matlamat melakukan pengembaraan angkasa untuk memulihara ke­sinambungan generasi dan ­spesies.

“Secara semula jadi, persekitaran Bumi mudah berubah,” kata penulis kajian tersebut dari Universiti Arizona, Jekan Thanga. Beliau membentangkan laporan kajian itu pada Persidangan Aero­angkasa, Sabtu lalu.

Katanya, keadaan Bumi yang tidak stabil menyebabkan spesimen yang disimpan dikhuatiri tidak berdaya tahan.

Beliau berkata, peti besi benih manusia itu harus diwujudkan secepat mungkin dan mencadang­kan ia disimpan di dalam lubang yang ditemui di Bulan baru-baru ini.

Lubang di permukaan Bulan sedalam antara 80 meter hingga 100 meter mempunyai ukuran sempurna untuk penyimpanan sel.

Kedudukan lubang itu dapat menahan perubahan suhu serta ancaman meteorit dan radiasi.

Menurut pembentangan Thanga, bahtera itu dapat memulihara pelbagai spesies secara krogenik atau pada suhu sejuk ekstrem jika berlaku bencana global.

“Konsep bahtera serupa dibina di Pulau Spitsbergen, Artik yang menyimpa 992,000 sampel benih tanaman dengan setiap jenis mengandungi 500 biji benih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI