fbpx

PUAMK bantu anak belia kota terkesan pandemik Covid 19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar beramah mesra bersama pemilik kiosk Cheese U, Kharul Azman A.Karim (kanan) semasa program tinjauan mesra ke Kiosk Usahawan Muda Kota dan Anjung Floria Putrajaya, di sini hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan beberapa program di bawah inisiatif Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin bagi membantu anak muda kota yang terjejas dan kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, antara yang dilancarkan hari ini ialah Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota (PUAMK) Wilayah Persekutuan yang dibangunkan di bawah Cakna Keusahawanan dengan kerjasama beberapa agensi di bawah kementerian itu.

Beliau berkata, sehingga 11 Mac lalu, sebanyak 319 lot niaga Usahawan Anak Muda Kota (UMK) telah ditawarkan di Wilayah Persekutuan di mana 64 daripadanya adalah bagi UMK Putrajaya menerusi lot niaga di bawah Perbadanan Putrajaya (PPj).

“Bagi pelaksanaan PUAMK Putrajaya, sasaran sebanyak 118 lot niaga secara keseluruhan disediakan kepada anak-anak belia Putrajaya yang telah bermula sejak November tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Annuar berkata, sebanyak 64 lot niaga UMK Putrajaya ditawarkan melibatkan 30 lot niaga di Tapak Niaga Belia di Hot Spot Presint 14; Food Truck, Hot Spot Presint 14 (lima); Kios Merah di Persiaran Perdana, Presint 2 (empat); Kios 8B di Persiaran Perdana, Presint 3 (satu) selain 12 unit push cart di Dataran Wawasan, Presint 2; dan 12 unit gerai Akie Burger di pelbagai presint.

Selain itu, katanya, sebanyak 22 lot niaga Walk Bazar di Nadi@15, Presint 15 akan dibuka pada April depan 10 lagi lot niaga Kios UMK dibuka pada Mei nanti.

“Sebanyak 65 lot niaga UMK sedang dalam perancangan dan pembinaan meliputi sembilan lokasi.

“Penambahan selain daripada keseluruhan 118 lot niaga UMK Putrajaya yang disasarkan itu juga akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian lokasi strategik lain yang akan dikenal pasti oleh PPj,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, beliau telah mengarahkan PPj untuk mempertimbangkan pengecualian atau pengurangan sewaan sehingga 50 peratus bagi tempoh tiga hingga enam bulan bagi mengurangkan masalah bebanan sewaan lot niaga  dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI