fbpx

Pencerobohan kawasan pelantar membimbangkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM melakukan rondaan di kawasan pelantar menerusi Op API baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima 2,407 aduan membabitkan pencerobohan kawasan pelantar khususnya di kawasan perairan Sabah dan Labuan sejak 2019 hingga kini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 12 bot bersama 50 awak-awak ditahan dan didakwa di mahkamah manakala selebihnya berjaya melepaskan diri sebelum aset Maritim Malaysia tiba di kawasan yang diceroboh.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan kehadiran bot nelayan asing di kawasan pelantar di perairan Pantai Timur Semenanjung.

“Kami juga menerima lapan laporan pencerobohan oleh bot pemancing pada tahun 2019 dan satu kes tahun lalu berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hasil siasatan APMM mendapati ramai pengusaha bot rekreasi menawarkan perkhidmatan membawa pemancing menjalankan aktiviti memancing rekreasi di kawasan pelantar terutama di perairan Pantai Timur Semenanjung.

“Manakala di perairan Sabah pula merekodkan aktiviti pengeboman ikan secara aktif,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, kawasan itu terdapat aset penting negara yang diklasifikasikan sebagai kawasan larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Kawasan Larangan 1959.

“Akta ini telah menggariskan secara jelas bahawa sesiapa yang menceroboh atau melakukan aktiviti haram dalam radius 500 meter boleh didakwa dan didenda RM 1,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI