fbpx

Naik taraf loji lambat punca tiada bekalan air di tiga daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar (kanan) ketika mengadakan lawatan ke salah satu loji rawatan air di Kimanis baru-baru ini. -Foto: Ihsan KKR Sabah-

BEAUFORT – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kontraktor mempercepatkan projek menaik taraf loji rawatan air yang membekalkan air bersih di daerah Beaufort, Kuala Penyu dan daerah kecil Menumbok.

Beliau berkata, ia berikutan semua daerah terbabit djangka berdepan masalah bekalan air berlarutan khususnya ketika cuaca panas yang diramal berlaku dalam beberapa bulan ini yang menyebabkan permintaan ke atas air bersih meningkat.

“Langkah menangani segera harus diambil bagi menyiapkan kerja di setiap loji rawatan air agar penyaluran bekalan dapat dipercepatkan.

“Ia juga membolehkan kerja penghantaran air ke setiap kampung yang terjejas dapat dilaksanakan termasuklah di kawasan yang belum mempunyai akses bekalan air bersih.

“Kita menjangkakan penggunaan air akan meningkat berikutan suhu yang sedikit panas dalam beberapa bulan ini. Oleh itu, saya mahu kerja pembinaan dapat disiapkan secepatnya mengikut jadual,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah memaklumkan pihaknya turut meminta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk menghantar bekalan air ke kampung-kampung yang terjejas bekalan bagi memudahkan rutin harian penduduk setempat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI