fbpx

Mourinho resah situasi Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kanan) mengalami kecederaan ketika aksi menentang Zagreb awal pagi semalam menyebabkan Mourinho resah menjelang aksi menentang Arsenal awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho optimis penyerang utama, Harry Kane akan cergas sepenuhnya menjelang pertemuan getir bertemu Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Emirates awal pagi esok.

Sebagai rekod, Kane mengalami kecederaan ketika membantu pasukan itu melakar kemena­ngan 2-0 ke atas Dinamo Zagreb pada aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, penyerang antarabangsa England itu berjaya meledak dua gol buat pasukan Spurs sebelum Mourinho mengambil keputusan untuk mengeluarkannya 10 minit sebelum perlawanan tamat selepas mengalami kecederaan khusus­nya pada babak kedua.

Kata Mourinho, kemungkinan besar Kane tidak mempunyai sebarang masalah untuk diturun­kankan bertemu Arsenal tetapi segalanya bergantung kepada laporan yang akan diberi oleh pegawai perubatan nanti.

“Saya harap dia (Kane) tidak mempunyai masalah untuk diturunkan nanti. Cuma, segala keputusan bergantung pada saat akhir dan saya akan berbincang dengan doktor pasukan selain meneliti tahap kecergasannya pada sesi latihan terakhir esok (hari ini),” kata Mourinho.

Dalam perkembangan sama, Mourinho mengakui Kane adalah penyerang paling bijak yang pernah dibimbing olehnya selepas mempamerkan ketajaman de­ngan meledak 26 gol dalam semua kejohanan musim ini.

“Ada penyerang yang saya bimbing sebelum ini hanya hebat ketika menjaringkan gol, namun Kane memiliki aura yang berbeza kerana dia cukup bijak menggunakan ruang dan peluang yang ada. Malah, dia juga tidak tamak dan sentiasa mencipta peluang buat rakan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI