fbpx

Hye-kyo, Ki-yong mengujakan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG KI-YONG dan aktres, Song Hye-kyo.

HAMPIR lima bulan bermain tarik tali dan membuatkan peminat berteka-teki, akhirnya aktres Song Hye-kyo mengesahkan bakal berlakon bersama teman rapatnya, Jang Ki-yong.

Memetik laporan Soompi, kedua-dua pelakon itu akan digandingkan menerusi naskhah cinta sarat dengan emosi terbaharu berjudul We Are Breaking Up yang akan memulakan penggambaran April depan.

“Sejak Oktober tahun lepas, khabar angin mengenai perkara ini menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat,” ujar Hye-kyo sekali gus mengesahkan berita tersebut baru-baru ini.

Difahamkan, bekas isteri kepada aktor popular Song Joong-ki itu akan memainkan watak sebagai Young-eun, seorang pengurus sebuah syarikat tekstil dan fesyen terkemuka yang mempunyai karisma tersendiri.

Pendedahan mengenai projek terbaharu mereka disambut baik peminat yang rata-rata teruja dan tidak sabar menyaksikan keserasian pasangan itu disatukan dalam sebuah drama yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI