LONDON – Bekas pemain ranking No. 1 Dunia, Roger Federer mengakui dirinya belum pulih 100 peratus daripada pembedahan di kedua belah lututnya selepas kekalahan di peringkat suku akhir Terbuka Qatar kelmarin.
Bagaimanapun, Federer mengakui teruja dengan kemajuan prestasinya selepas 14 bulan berehat ekoran menjalani proses pemulihan panjang sejak tahun lalu.
Pemain Switzerland tersebut tampil cemerlang pada aksi pertama perlawanan itu selepas berjaya mengatasi pemain No. 1 Britain, Dan Evans di pusingan kedua selepas mendapat pada pusingan pertama.
Bagaimanapun, Federer tidak berjaya meneruskan aksi terbaik itu apabila tewas kepada pemain No. 42 dunia, Nikoloz Basilashvili 3-6, 6-1, 7-5.
“Saya sangat gembira kerana mampu beraksi tiga set perlawanan berturut-turut dan lebih menarik saya berdepan pemain ranking tinggi pada kejohanan ini.
“Bagi saya ia adalah perkembangan positif bagi saya kerana saya belum 100 peratus pulih. Saya memerlukan lima hingga enam minggu untuk mencari semula kecergasaan.
“Dalam empat bulan akan datang sehingga Wimbledon nanti, kita akan lihat prestasi lutut saya. Perkara utama ketika ini saya mahu memastikan keadaan saya betul-betul pulih sebelum memulakan misi seterusnya,” kata Federer.
Ekoran kekalahan tersebut, Federer yang menduduki ranking No. 6 dunia ketika ini turut mengumumkan bahawa dia tidak akan beraksi pada kejohanan tenis Terbuka Dubai minggu depan bagi meneruskan proses pemulihannya. – AGENSI