fbpx

Seludup 14 PATI warga Thailand guna bas persiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas persiaran yang digunakan untuk mengangkut 14 orang pendatang asing tanpa izin dari pengkalan haram di Sungai Golok semalam.

RANTAU PANJANG – Taktik licik sindiket penyeludup dengan menggunakan bas persiaran untuk mengangkut seramai 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) wara Thailand ke negara ini gagal apabila mereka ditahan itu di sekatan jalan raya (SJR) Lalang Pepuyu di sini semalam.

Semua suspek ditahan oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan pada pukul 2.30 petang ketika menjalankan sekatan jalan raya di kawasan tersebut.

Komander Aksem Kelantan, Rusli Karim berkata, semua PATI ditahan pada pukul 2.30 petang ketika mereka dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Perak.

Katanya, selain itu, Aksem turut menahan pemandu bas tersebut yang merupakan warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan penyeludupan orang.

“Sasatan awal mendapati, semua PATI itu dibawa masuk secara haram ke negara ini menggunakan sebuah pangkalan haram di Sungai Golok.

“Pemeriksaan terhadap semua suspek mendapati mereka memiliki pas lawatan yang sudah tamat tempoh dan masuk ke negara ini secara tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rusli, siasatan mendapati, 14 orang Pati itu akan dibawa ke Perak untuk bekerja dalam sektor perikanan di negeri tersebut.

Katanya, Aksem juga merampas bas persiaran yang digunakan untuk membawa 14 orang Pati itu dan kes diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

Katanya, semua Pati ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 manakala pemandu bas pula disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI