fbpx

Raja Kerajaan Zulu di Afrika Selatan mangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Zulu, Goodwill Zwelithini (tengah) mangkat pada usia 72 tahun ketika menjalani rawatan di hospital. - AFP

JOHANNESBURG – Raja Kerajaan Zulu di Afrika Selatan, Goodwill Zwelithini, menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun selepas beberapa minggu dimasukkan ke hospital, lapor agensi berita AFP, hari ini.

Baginda mempunyai pengaruh besar buat jutaan penduduk Zulu serta memainkan peranan penting dalam adat istiadat dan upacara kerohanian meskipun tidak mempunyai kuasa rasmi dalam kerajaan Afrika Selatan moden.

Pemimpin kontroversi namun dihormati itu sebelum ini menerima rawatan kerana penyakit kencing manis.

“Dukacitanya, saya memaklumkan pemergian Raja Zulu, Raja Goodwill Zwelithini.

“Tragisnya, ketika berada di hospital, keadaan baginda semakin kritikal dan akhirnya mangkat awal pagi hari ini,” kata pihak istana dalam satu kenyataan akhbar.

Kenyataan akhbar itu ditandatangani oleh ahli politik veteran berpengaruh yang juga Putera Zulu, Mangosuthu Buthelezi.

Raja Zwelithini mencipta sejarah sebagai raja paling lama dilantik oleh Kerajaan Zulu dengan tempoh pemerintahan melangkaui lima dekad.

Baginda lahir di Nongoma, bandar kecil yang terletak di Wilayah Tenggara Kwa-Zulu dan menaiki takhta pada 1971 ketika era aparteid pada usia 23 tahun iaitu tiga tahun selepas kemangkatan ayahandanya.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI