fbpx

Penang FC, KDA FC terikat 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penang FC terikat 1-1 bertemu KDA FC dalam perlawanan kempen Liga Super 2021 di Stadium Bandaraya di sini malam ini.

GEORGE TOWN – Hasrat Penang FC menumbangkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di laman sendiri tidak kesampaian apabila terikat 1-1 pada perlawanan kempen Liga Super 2021 di Stadium Bandaraya di sini malam ini.

Gol pertama skuad kendalian Ketua Jurulatih, Trucha Tomas itu berjaya dihasilkan pemain tengah, Endrick Dos Santos Parafita pada minit ke-11 selepas penyerangnya, Anselmo Arruda Da Silva gagal menjaringkan gol pertama buat pasukan.

Cubaan menggandakan jaringan menerusi sepakan pemain muda skuad kebangsaan Tajikistan, Sheriddin Boboev pada minit ke-24 dilihat kurang berhasil apabila ditampan kemas penjaga gol Kedah FC, Mohd. Shahril Sa’ari selain tersasar ke tepi tiang gol lawan.

Skuad bimbingan Aidil Shahrom Sahak ternyata enggan menyerah kalah dan cuba melakukan beberapa jaringan ke gawang tuan rumah namun didakap rapat penjaga gol Penang FC, Samuel Jacob Somerville.

Bagaimanapun, kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, KDA FC mula mendapat rentak perlawanan dengan melakukan beberapa asakan dan berjaya mengoncang benteng skuad Harimau Kumbang.

Peluang Penang FC menambah mata jaringan pada minit ke-72 menerusi rembatan dekat ke kubu lawan oleh pemain kacukan Malaysia-Australia, David William Tolley ternyata tidak menetapi sasaran.

Bangkit memburu kemenangan di tempat lawan, KDA FC akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-86 menerusi sepakan penyerang importnya, Kpah Sean Sherman.

Kedudukan terikat 1-1 tamat sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus memberi kemenangan kepada skuad Penang FC.

Penang FC akan bertemu UiTM FC pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Bandaraya pada 16 Mac ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI