fbpx

Penang FC bukan lawan mudah – Aidil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL SHARIN (kiri) menjangkan Penang FC akan beraksi habis-habisan di gelanggang sendiri untuk meraih tiga mata penting di Stadium Bandaraya Pulau Pinang malam ini.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak menjangkakan anak-anak buahnya tidak akan berdepan laluan mudah bagi mengutip tiga mata penuh menjelang aksi menentang Penang FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang malam ini.

Menurutnya, sebagai pendatang baharu Liga Super musim ini, Penang FC dilihat sentiasa bersungguh-sungguh bagi membuktikan kemampuan mereka.

“Bermain di gelanggang sendiri pastinya menjadikan Penang FC beraksi habis-habisan bagi mengutip mata penuh. Tetapi kami akan cuba melaksanakan segala yang dirancang.

“Kami bermain dua perlawanan persahabatan dengan mereka sebelum liga bermula di Stadium Darul Aman dan Stadium Negeri Batu Kawan sebelum ini.

Namun, saya tidak mahu banyak berbicara tentang mereka kerana mahu fokus kepada pasukan sendiri,” katanya ketika dihubu­ngi di Alor Setar semalam.

Dalam dua perlawanan pra-musim melibatkan kedua-dua pasukan sebelum ini, KDA FC dan Penang FC terlebih dahulu terikat 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebelum Harimau Kumbang menang 3-1 ke atas skuad Hijau Kuning di Stadium Negeri Batu Kawan.

Sementara itu, penyerang berbisa KDA FC, Kpah Sherman memberitahu, dua perlawanan pramusim menentang Penang FC sebelum ini membantu mereka memahami corak permainan pasukan lawan.

“Dalam perlawanan persahabatan kedua itu, kami terlebih dulu menjaringkan gol dan ber­ada di depan. Kemudian beberapa pertukaran dibuat dan akhirnya mereka mula membuat jaringan dan menewaskan kami.

“Itu cuma persiapan pramusim dan esok adalah pentas sebenar. Jadi kami perlu fokus sepanjang 90 minit dan berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan tiga mata penuh di tempat lawan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI