fbpx

MAFI perkenal skim insurans tani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Berita baik buat komuniti petani, penternak dan nelayan di seluruh negara apabila Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kini sedang merangka skim insurans bagi industri pertanian dan agromakanan.

Skim itu bakal sediakan beberapa pilihan pelindungan takaful menarik kepada golo­ngan sasar yang ditimpa musibah sama ada bencana, serangan penyakit dan ketidaktentuan cuaca yang menyebabkan ­kurangan hasil pengeluaran serta ­menjejaskan pendapatan mereka.

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, skim pelindu­ngan itu dapat membantu memberi jaminan pendapatan ­berte­rusan dalam bentuk pemberian pampasan yang sewajarnya daripada pihak syarikat insurans.

Beliau berkata, pelbagai agensi di bawah MAFI termasuk Agrobank yang mengepalai usaha itu kini sedang merangka dan merancang untuk mewujudkan skim berkenaan dengan teliti bentuk polisi yang boleh ditawarkan kepada pemain industri berkelayakan.

“Buat masa ini, tiada skim insurans bagi pelindungan sektor pertanian di negara ini, jadi MAFI akan menjadi pelopor kepada pelaksanaan skim berkenaan.

“Saya melihat perlunya skim insurans ini khususnya buat tanaman sawah padi, tanaman lain berskala besar serta tidak dilupakan industri penternakan serta perikanan,” katanya pada sidang akhbar sempena Pencapaian Setahun Malaysia Prihatin di Wisma Tani di sini.

Ronald Kiandee

Ronald berkata, setiap tahun kerajaan membelanjakan sejumlah besar bagi tujuan penyaluran subsidi dan ganti rugi petani serta peladang yang terbabit dalam bencana alam.

Menurutnya, kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 menyediakan peruntukan sebanyak RM80 juta bagi tabung bencana pertanian bagi pelbagai tanaman termasuk padi.

“Kita lihat ini adalah satu perbelanjaan besar yang harus ditanggung oleh kerajaan saban tahun dan MAFI berpendapat bahawa tabung bantuan ini tidak boleh dilakukan secara berterusan,” katanya.

Justeru, beliau merasakan, sudah tiba masanya, skim insurans itu diperkenalkan bagi memboleh­kannya memberi pelindungan secara berterusan kepada komuniti pertanian dan agromakanan di negara ini.

“Skim insurans bagi sektor pertanian bukan perkara unik dan baharu kerana beberapa negara pertanian seperti Filipina, Vietnam, Indonesia dan China sudah melaksanakannya.

“Secara keseluruhannya, inisiatif ini dapat mengekalkan penglibatan petani, penternak dan peladang dalam menjamin keselamatan bekalan makanan selain menjadi salah satu bentuk bantuan bagi memelihara kebajikan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, MAFI turut menyenaraikan lima program utama lain bagi tahun ini termasuklah pelancaran Dasar Agromakanan Negara 2.0 2021-2030, Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara dan Skim Pembiayaan Agropreneur Muda.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI