fbpx

Lelaki larikan kereta curi terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton Iswara Aeroback yang dilarikan suspek terlibat dalam kemalangan di Jalan Jutaria, Batu Gajah hari ini. /FOTO IHSAN PDRM

BATU GAJAH – Cubaan seorang lelaki untuk meloloskan diri setelah melarikan sebuah kereta menemui kegagalan apabila terlibat dalam kemalangan di tepi Jalan Jutaria di sini hari ini.

Suspek berusia 34 tahun yang memiliki rekod jenayah lampau itu mengalami kecederaan di bahu kiri dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandu suspek cuba memotong sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita.

Katanya, cubaan suspek bagaimanapun gagal selepas kereta yang dipandunya merempuh bahagian sisi belakang sebelah kanan Perodua Myvi yang dalam perjalanan dari arah Sri Pangkalan menghala Batu Gajah.

“Kemalangan itu menyebabkan suspek cedera di bahu manakala pemandu Perodua Myvi tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, sebelum kejadian, pihak polis menerima maklumat kes curi kereta daripada pengadu iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun.

“Lelaki itu memaklumkan dia bertindak memberhentikan kereta termasuk mematikan enjin di tepi jalan berhampiran tasik kerana mahu membuang air besar,” ujarnya.

Selang kira-kira 15 minit kemudian, beliau memberitahu, mangsa ada terdengar bunyi enjin kereta dan mengesyaki bunyi itu datang daripada kenderaan miliknya.

“Ekoran itu, dia bergegas keluar dan terkejut mendapati keretanya tiada di situ. Mangsa memaklumkan ketika kejadian dia tidak mencabut kunci kereta.

“Dia segera menghubungi polis untuk meminta bantuan, bagaimanapun kereta yang hilang itu dijumpai semula selepas terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Tambahnya, mangsa telah membuat pengecaman ke atas kereta berkenaan dan mengesahkan kereta tersebut miliknya.

Ujarnya, suspek berkenaan diberkas dan semakan mendapati dia mempunyai dua rekod lampau bersabit kes curi dan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 397A Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI