fbpx

Kemunculan semula Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sejak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor mengeluarkan waran tangkap ke atas Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman 23 Februari lalu, usahawan kosmetik kontroversi itu terus menyepikan diri dan gagal dijejaki.

Tinjauan di akaun media sosial miliknya juga mendapati laman Instagram miliknya telah di nyahaktif sehinggalah beberapa jam lalu apabila Nur Sajat memuat naik klip video mempromosikan produk jualannya.

Tanpa menyentuh isu kontorversi yang melanda dirinya, Nur Sajat kelihatan tenang dan bersahaja mempromosikan produk jualannya seperti set pencuci muka, penjagaan kulit serta bengkung.

Perkongsian Nur Sajat itu setakat pukul 5 petang hari ini telah mendapat lebih 98,000 tontonan namun tiada sebarang komen dibuat netizen berikutan ruangan komen telah ditutup di akaun Instagram yang diletakkan dalam mod privasi itu.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan kosmetik tersebut selepas dia gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina pada 23 Februari lalu.

Sejak waran berkenaan dikeluarkan, Nur Sajat terus menghilangkan diri dan dipercayai menyembunyikan diri bagi mengelakkan dirinya dicekup Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebelum ini Nur Sajat hanya mengemukakan surat MC (sijil cuti sakit) selama dua hari yang diperoleh daripada hospital kerajaan kepada Peguam Syarienya, Zuri Zabuddin Budiman menerusi aplikasi WhatApps.

Kosmo! sebelum ini melaporkan JAIS sedang memburu Nur Sajat selepas waran tangkap dkeluarkan ke atasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI