fbpx

Kemalangan akibat cuai sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang tular melibatkan penghantar Grabfood dan sebuah SUV baru-baru ini.

SHAH ALAM – Kemalangan melibatkan penghantar syarikat makanan p-hailing yang ditular didakwa disebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Volvo di Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) didapati adalah kecuaian sendiri penunggang tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada seorang wanita berusia 49 tahun yang merupakan pemandu SUV itu dengan mendakwa penghantar makanan itu terjatuh sendiri di belakang kenderaannya tanpa sebarang pelanggaran.

Katanya, ketika kejadian, wanita yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Jelutong dari tempat kerjanya di Setia Alam.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, kemalangan dipercayai berpunca daripada penunggang motosikal yang hilang kawalan semasa membuat pusingan U lalu terjatuh sendiri.

“Pemeriksaan pada kenderaan mendapati tiada sebarang kesan perlanggaran. Tiada saksi kejadian semasa kemalangan berlaku,” katanya.

Kes disiasat dibawah Kaedah 13 LN166/59 kerana cuai ketika membuat pusingan U.

Kosmo! semalam melaporkan seorang penghantar makanan Grabfood retak tangan kanan dan luka pada bahagian lutut dan siku selepas dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) pada hari Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.21 malam, mangsa, Syahrul Izzwan Baderi Shah, 34, baharu selesai menghantar pesanan makanan pelanggannya di Bukit Jelutong.

Mangsa mendakwa menerima rakaman nombor plat kenderaan wanita itu daripada seorang saksi yang sempat mengejar kenderaan wanita itu yang berlalu meninggalkan lokasi kejadian.-

Dalam pada itu, Kosmo! Online memohon maaf kepada pemilik kenderaan itu kerana menyiarkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut menerusi gambar yang diambil daripada media sosial. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI