fbpx

Joe Biden sasar 4 Julai AS bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden mahu program vaksinasi AS diperluaskan lagi di negara tersebut. - BBC

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berharap 4 Julai hadapan dapat diraikan rakyat negara itu sebagai tarikh mereka mula bebas daripada wabak Covid-19, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengarahkan semua negeri agar mewajibkan vaksinasi kepada semua orang dewasa yang layak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 1 Mei depan.

“Jika kita sama-sama laksanakannya, pada 4 Julai depan, kemungkinan anda, keluarga serta rakan-rakan dapat berkumpul dan menikmati barbeku di laman rumah selain meraikan Hari Kemerdekaan,” katanya dalam ucapan hari ini.

Ucapan disampaikan beliau itu tepat setahun setelah Covid-19 dikelaskan sebagai pandemik global.

Tambah Biden, rakyat AS bukan sahaja boleh menyambut Hari Kemerdekaan pada 4 Julai bahkan kebebasan daripada virus tersebut.

Sebahagian daripada rancangan memperkasakan program vaksinasi AS adalah dengan meningkatkan lokasi suntikan, selain membenarkan doktor veterinar dan gigi melakukannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI