fbpx

Isu kalimah Allah: Jakim ambil tindakan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memutuskan tindakan susulan terbaik dengan kadar segera berhubung isu kalimah Allah yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri selepas diputuskan dalam pada Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah Jakim, hari ini.

“Panel Kajian Akidah bersama Penasihat Undang-Undang Jakim akan memutuskan tindakan susulan terbaik dengan kadar segera berhubung isu itu.

“Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Panel Kajian Akidah Jakim,” katanya.

Katanya, isu itu bukanlah satu hal yang baharu dibincangkan, malah ia telah lama dilumati oleh sarjana dan ulama di Malaysia terutama sekitar tahun 2008 ke atas.

Zulkifli berkata, beliau sendiri pernah menulis makalah dan buku berkaitan isu itu sekitar tujuh ke lapan tahun lalu, di samping syarahan-syarahan yang disampaikan berkenaan topik berkenaan.

Pada masa sama, katanya, mesyuarat juga mengambil maklum kenyataan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu itu. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI