fbpx

City kembali selesa di puncak EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHREZ (tengah) berjaya meledak dua gol ketika City membenam cabaran Southampton 5-2 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji prestasi yang dipamerkan oleh pasukannya untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas berjaya menewaskan Southampton 5-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan The Citizens memiliki jurang perbezaan 14 mata dengan seteru tradisi yang juga pencabar terdekat, Manchester United yang berjaya menang ke atas mereka pada saingan awal pagi Isnin lepas.

Kata Guardiola, cabaran yang diberikan oleh Southampton dalam usaha menyekat momentum pasukannya sangat hebat khususnya pada awal saingan dengan menguasai sebahagian besar perlawanan.

“Jika dinilai pada 25 minit pertama perlawanan, mereka adalah pasukan yang terbaik yang kami hadapi musim ini khususnya di laman sendiri. Barisan pemain saya langsung tidak mendapat bola dan pujian itu wajar diberikan kepada pengurus mereka, Ralph Hasenhuttl.

“Namun, saya akui perbezaan utama antara pasukan kami dengan mereka adalah pemain yang kami miliki boleh mengubah perlawanan pada bila-bila masa dan terbukti pada perlawanan malam ini.

“Kualiti pemain yang kami ada seperti Kevin De Bruyne, Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan berada dalam kelas tersendiri dan ketiga-tiga pemain ini berjaya menjaringkan gol ketika saat yang penting.

“Kini, saya sedar pasukan semakin hampir untuk kembali bergelar juara EPL jika kami berjaya mencatat enam lagi kemenangan. Namun, saya tidak mahu menjejaskan fokus pasukan dan lebih berminat untuk memberi tumpuan satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

City dijadualkan bertemu dengan Fulham pada aksi EPL di Stadium Craven Cottage awal pagi Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI