fbpx

Adam bakal jalani pembedahan kedua Selasa ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatin Dahlia memberi susu khas kepada Adam di rumahnya di Batu Hampar, Manir, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Bayi yang dilahirkan dengan otak di luar tempurung kepala, Sayyid Uwais Al- Qarni Mohd. Lekman bakal menjalani pembedahan membuang lebihan air di dalam kepalanya pada Selasa ini.

Ibunya, Fatin Dahlia Fazlin Mazlam, 29, berkata, pembedahan kedua anak ketiganya yang dipanggil Adam itu akan dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

“Adam yang genap berusia dua bulan esok (hari ini) akan menjalani pembedahan membuang lebihan air di dalam kepalanya pada 16 Mac ini.

“Pakar perubatan yang merawatnya memaklumkan sekiranya pembedahan tersebut menunjukkan perkembangan positif, prosedur memasukkan otak anak saya ke posisi asalnya ke dalam tempurung kepala akan dilakukan kemudian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Hampar, Manir di sini hari ini.

Kosmo! 24 Februari lalu melaporkan Sayyid Uwais Al-Qarni atau dipanggil Adam oleh keluarganya dilahirkan dengan keadaan otaknya berada di luar tempurung kepala, lumpuh dari bahagian pinggang, mempunyai lebihan air di dalam kepala dan menghidap penyakit saraf.

Bayi yang dilahirkan pada 13 Januari lalu itu telah menjalani pembedahan di bahagian belakang bagi membetulkan saraf tunjangnya sewaktu berusia tujuh hari.

Penderitaan Adam telah mendapat simpati ramai termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu persendirian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI