fbpx

1,575 pesakit baharu, 2,042 pesakit sembuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,575 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 320,939 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,568 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 17,074 kes.

“Selain itu, terdapat 2,042 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 302,662 kes.

“Terdapat tiga kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,203 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada status pada Facebook di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 147 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 67 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI