fbpx

Terus berspekulasi, ibu dakwa tidak tahu Hannah sudah kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Ashikin (kanan) mendakwa tidak mengetahui tentang majlis pernikahan Hanna dan suami pada 18 Februari lalu.

PETALING JAYA – Belum bertemu noktah, ketegangan isu perkahwinan pelakon Hannah Delisha semakin rumit apabila ibunya, Noor Ashikin kembali menghangatkan keadaan dengan memberi bayangan dia tidak mengetahui anaknya sudah berkahwin baru-baru ini.

Spekulasi tersebut timbul selepas Noor Ashikin sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen dengan berkongsi bait-bait puisinya Hikayat AntaH Berantah: Sinopsis dalam Instagramnya hari ini.

Malah, dia juga turut mencetuskan tanda tanya dengan dakwaan dia tidak merestui hubungan anaknya kerana telah berlaku satu kejadian sebelum perkahwinan tersebut berlangsung.

“Kenapa beliau tidak merestui perhubungan mereka sebelum bernikah? Adakah kerana ada kisah yang membelenggu terjadi semasa si anak dan pasanganya sebelum bernikah?

“Adakah si ibu dan keluarga terdekatnya tahu si anak dan pasangannya itu telah berkahwin dan bila sebenarnya mereka berkahwin?” tulisnya dalam entri tersebut.

Lebih hangat, bait-bait puisi Noor Ashikin juga seakan-akan memberitahu keperibadian suami anaknya bukanlah seperti yang disangka ramai.

Sehingga kini, dia juga masih menggunakan tanda pagar #ibutidakrestu dalam setiap hantaran Instagramnya.

Terdahulu, ibu kepada pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu mencetuskan kontroversi selepas didakwa tidak merestui penikahan anaknya dengan Imam Shah yang juga seorang pelakon dari Singapura.

Tidak lama kemudian, nama Hannah terus menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan telah mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu.

Hannah dalam InstaStorynya semalam turut memohon maaf selepas kisah peribadinya tular dalam media sosial.

Pada 18 Februari lalun Hannah dan Imam membuat kejutan dengan memuat naik foto perkahwinan mereka dalam Instagram masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI